Kadang-kadang ada perlunya untuk kau tahan air mata daripada tumpah, dan pasang satu senyuman di bibir walaupun hanya kau dan Dia sahaja tahu senyuman tu palsu. Daripada kau kongsi dengan ramai orang tapi tiada satu pun yang peduli melainkan Dia.
Kadang-kadang mungkin ada masanya seisi dunia tak memandang kau, seolah-olah kau tiada wujudnya di dunia. Dan ada perlunya kau pada saat itu untuk kau lantakkan segalanya ke belakang, hamparkan diri kau ke hadapan tanda kau tak mudah kalah, kau menang dalam perjuangan yang entah bila akan tiba pada titik noktahnya.
Kadang-kadang, ada masa yang kau rasa macam kau dah terlalu menjaga sesuatu yang sangat berharga buat kau, contohnya hati dan perasaan manusia, namun tanpa sedar kau dah merobek menyiat meranapkan perasaan seseorang. Penat kan nak jaga hati dan perasaan manusia? Tapi apa pilihan yang kau ada, selain pinta ampun dan maaf? Itulah rule hidup. Dah buat salah mintak lah maaf,
Penat? Tahu. Sebab aku pun manusia. Tapi Allah kan ada?
Tuhan yang pilihkan jalan hidup kita begitu begini, adalah sebabnya tu, okay?
Senyum :)
No comments:
Post a Comment