Tuesday, 3 February 2015

I miss You

Assalamu'alaikum and hye everyone! Hehe AKU TANYA APAA KHABAAAARRR haha kemain kau dah dah AJL dah habis

So al kisahnya kitorang budak matriks baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Ujian Pertengahan Semester (UPS) last wednesday. So after tu kitorang dah start cuti minggu lepas rabu sampai la Ahad ni insyaAllah, dalam seminggu setengah haha cuti kejap je pun nak kepoh duhh

Untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah (BM A+++) // bajet gila // aku dan kawan2 decided to join this one talk yang diadakan di UIA :') Talk by Tariq Ramadan and Harry Fear on 31st January 2015.

So aku tidur bilik my best pweng porevah ukhuwah Fillah abadan abada till Jannatul Firdausi which is Iman Najihah Hamdan haha hiperbolaaanya awak ni anis. Iman should be crying while reading this nampak tak betapa saya pandai bermain kata kata? Eh

Iman duduk Mahallah Maryam. Dari Mahallah Maryam nak ke Masjid UIA tu tak jauh, jalan kaki straight je around 10-15minutes dah boleh sampai hehe.

So hari pertama sampai UIA which was on Friday, Iman ambil by car :'))) Ehem pergi Ktm pun by car :')))))))) K tak perlu hekhek. Memandangkan semua rommates iman balik rumah so yeahhh memang heaven gila laaaa duduk bilik Iman haha kk tak, kitorang masih mengekalkan ciri ciri gadis Melayu sopan santun berbudi bahasa berakhlak mulia, ehem.

Mula mula aku agaklah terkejut tengok bilik iman haha bukannya sebab apa, tapi aku terkejut tengok katil dia yang single and ada tangga. Sebab meja study dia bawah katil tu haha AMAZING GILAAAA I TELL YOU!! Aku dah tak sabar pulak nak tidur haha amboi kau anis lebih sudu dari kuah.

Tapi bila dikira aku dua kali jatuh dari tangga tu masa nak turun tangga, especially masa nak solat subuh sebab mamai kan hehe, sebab tangga dia jauh sikit dari tanah macam dia tak cecah tanah gitu, tangga dia macam terjongket sikit from lantai. So I had to estimate ketinggian tangga yang mana untuk aku terbang turun dari tangga hahaha mesti engkorang tak paham kan hmmm biarlah aku je yang paham. Sakit lah jugak :((

Masa hari pertama tu takde apa sangat,  kitorang pergi dinner burger kat cafe mahallah maryam, and malam tu kitorang tengok movie sampai pukul 2.30 pagi. Then macam biasa Ada girls talk hehehe sampai pukul 3.45 engkooo hahaha baru lepastu rasa nak tidur.

Then esoknya Iman bawak tour round UIA. Wallahi it was one of the best experience I've ever had in my life, sangat tenang sangat mendamaikan sangat seronok Subhanallah.

After the tour kitorang pergi makan dekat Cafe sebelah masjid andddd cafe tu ada monyet banyaak sangat :((((( Iman mula mula lagi dah surrender hahaha walaupun mula mula tu aku try tenangkan dia 'Rileks dia tak datang punya, buat tak tau je, makan' Tapi Iman kept saying 'Awak saya tak boleh macamni saya tak boleh' (tak boleh tu maksudnya referring to the monyet la dia tak boleh teruskan makan if the monyets are there)

Pastu ada these two foreigners tolong kitorang halau monyet tu. Aku bajet foreigners ni tolong sebab dia terpersona dengan Iman kot. Takpun sebab dia ingat Iman ni sebangsa dengan dia kot, kah.

Malam tu lah eventnyaaa


My bestfriend forevahh since kecik sampai besar hantar anak tadika sama sama one day nanti Aameen masuk syurga sesama Aameen ( sweet jugak enn, lebih kurang macam sweet kat Iman jugak enn, en en hehe) Sara Sahira Amran balik kolej Yayasan UEM dengan kengkawan dia tsk tsk dia tak balik dengan iolss so aku pun balik sengsorang haritu haha my dear future husband should be soo proud of me dapat bakal isteri yang sangat independent balik seorang diri gagah naik lrt transit turun kl sentral alone // percaya tak // percayalah

Masa aku naik lrt, I met this one sister, also from Uia yang baru habis master, nama dia Kak Ji. Kitorang berborak Macam dah lamaa kenal like seriously. Dalam masa tak sampai setengah jam tu dia cerita macam macam pasal perjalanan hidup dia, yang buat aku terbuka mata hati, Wallahi. Cerita hidup dia sangat interesting sebab perjalanan dia nak sampai ke Uia tu sangat panjang. Dan akhir sekali before kitoranh berpisah, dia bagi satu nasihat

" Apa pun yang kita lakukan, jangan pernah lupakan dia. Dan selalulah bersedekah, walaupun tatkala itu duit yang kita ada cuma 10 sen, takpe, sedekah je dengan rela hati. Harini mungkin kita mampu 10 sen je, esok lusa entah entah Rm10 pun kita rasa macam ringan je nak bagi orang. Allah Maha Pemurah, Nis"

Seriously Kak Ji ni baik sangat.. And I hope that one day Allah akan pertemukan kami semula untuk dengar cerita cerita dia lagi :')

It was a productive weekend I must say hehe Alhamdulillah. Till we meet again UIA, InsyaAllah. Kalau bukan sekarang, nanti, bila bila Allah izinkan.


         
           I miss this view, so much.





No comments: