Tapi serious la, dah lama nak cerita pasal KMS ni sebenarnya tapi kan iolls (malu-malu kucing) pfftt pffttt *tahanblushing*
Haaa ni lah view from my lovely room! Hehe masa ni hujan rintik-rintik, air bergelora, mak kasi duit, ayah kasi duit dah sambung sendiri. Masa ni study week minggu terakhir PSPM, haha dah lah hujan pastu kena study dugaannya Ya Rabbi.... Untuk mengatakan TIDAK pada katil tu Masyallah sister, hanya Allah je yang tahu.

Ni masa our last class with Madam Shuhadah, lecturer Perakaunan kitorang #A4T5. Ingat lagi kali pertama madam masuk kelas kitorang sumpah semorang rasa macam nak terberanak hahahaha k overnya... Madam dulu garangggg, uuuu takut takut. Mangsa pertama dia ialah Rica hahahaha sebab dia main handphone dalam class! Ala tapi tu mula-mula je, lama-lama tu Madam dah jadi macam mak kitorang dah, madam lah yang paling selalu ambil berat hal kitorang, dan madam lah yang paling best dengan kitorang!
Madam kata dulu madam garang sebab taknak kitorang pijak kepala je, eleh tapi lelama kita dah jadi geng kan madam hehe sebabtu kitorang semuaa sayang Madam! Sampaikan everytime exam je semorang dalam kelas madam dapat A untuk Akaun, and kitorang dapat rank no 2 dalam KMS Alhamdulillah.

Ala rindunya.... :(
Ni semua #gengbassekolah hahaha tak lah, ni lah bunga-bunga dalam A4T5 *tunduksambilangkatskirtsikit*. Last day lecture jugak ni. 10 bulan aku dengan diorang, tipu lah kalau nak cakap sepanjang tu berpelangi sentiasa kan. Ada jugak ribut, petir, kilat datang menaungi waktu. Tapi dioranglah yang tetap ada bersama, susah dan senang.
Lagi-lagi bila semorang berpakat nak batalkan kelas Ekonomi and English hahahaha. Kalau class tak cancel, mesti akan ada punyalah sorang dua nak ponteng class, pastu yang lain ni pakat dok cover lineeee. Tapi sepanjang 10 bulan aku dekat KMS ni, aku tak pernah sekalipun ponteng kuliah. Hehe betul :) Saya kan pelajar yang baik :)) Atototo :)) Anak siapa ni baik sangat :))) KAH

Hanim, Mas, Aini and Nadhirah.
Hanim ni penolong ketua kelas kitorang #A4T5. Hehe, sepanjang aku dengan Hanim, Hanim ni saaangat baik and what I like most about her is bila aku panggil je "Hanim...." pastu sepantas kilat dia reply "Ye sayang?" in whatever situation pun, walaupun waktu tu keadaan tengah tegang. Hanim is so huggable hehe everytime jumpa je dapat free hug! She reminds me a lot about Seseri.
Mas pula, sangat straight and I love all of her words. Aku pernah cakap dekat dia, Mas ni cakap sikit-sikit, tapi setiap kata-kata dia meninggalkan kesan dan penuh makna. Aini pula, seorang yang saaangat baik dan tak berani nak kata 'tak' hahaha come on Aini, sekali je please? Aini patuh, baik dan penyayang. Kalau aku borak dengan dia je, mesti dia cakap ''Eeeiii geget kang!" hahaha tapi sepanjang 10 bulan ni aku terselamat lagi lah :P Nadhirah ni pulak ada kembar, nama Nadiah. Ala suara diorang berdua sepesen je lembut cam cartoon and comel! Sangat lemah lembut and I love all of her outfits haha sebab lawa sangatlah awak... Saia taa kuaad kahkah bai



Amalina, Fairus, Rica Inderayani, Me and Aishah.
Apa pun perkara buruk yang pernah terjadi antara kita, biarlah semua tu menjadi simpulan ikatan mati saat kita dah keluar dari gate KMS tu. Kita bawa yang manis-manis je okay? Siapa tak rindu, korang semua "Wizardly Fabolous" hahaha tah kenapa lah nama group kita camtu tapi takpela.
Rindu korang semua, rindu la masuk dewan kuliah pagi Fairus dah ada jagakan tempat satu row. Rehat je sama-sama, atau kalau puasa pergi surau. Rindu nak study dalam library malam-malam sama-sama. Bukan study pun sebab ada WiFi! hahahaha. Rindu Amalina yang selalu bagi nasihat terutamanya bab agama, rindu bila Amal panggil anis sayang intan payung. Rindu bila Amal selalu genggam tangan anis kuat-kuat pastu Amal bagi reason ''Amal takut jalan sorang'' ecehhh hahaha. Rindu kita semua nak balik petang terus pergi Cafe Orion beratur panjang untuk makan. Tak pun hari Jumaat kita buat 'amal jariah' pergi Cafe Carina hahaha. Lepas makan pergi koop. Pastu whatsapp tah pape spam dalam group haha. Spam gambar lah yang paling banyak. Banyak lagi.. banyak sangat.

Thank girls, Rica and Aisyah, for always ada dengan kita, susah mahupun senang. Lepaskanlah semuanya, ikhlaskanlah segalanya, biar Allah redha. I love each of you guys so much, dan ketahuilah, not a day anis tak ingat kat korang. Anis sayang semua, sayang bulat-bulat penuh-penuh. You girls have always been my favourite girls, even sampai sekarang. Thanks juga sebab sayang Oyo hahaha you girls are the best!
Terima kasih Aisyah, for making me realize the true meaning of friendship. Buat Anis sedar, kadang-kadang kita tak boleh nak menangkan orang lain je, padahal hati kita dilenyek hidup-hidup. Terima kasih atas segalanya :)
I miss this view so much. Aaaaa Rica boleh bayang tak macam mana Anis punya tahap rindu? Sampai malam nak tidur pun berlinang air mata hahaha you know what, everyday Anis tengok video kita tau haha sampai boleh dah terhafal skrip hahahaha tah pape. Yela mana taknya, 10 bulan menghadap muka Rica je pagi petang siang malam, nak tidur pun kadang-kadang Rica tidur bilik Anis, kadang-kadang Anis tidur bilik Rica. Roomates Anis tu Nano, Sofi and Fatin dah jadi ,macam roomates Rica dah haha aaaa rindu Huda, Paah and Hao juga!
Rica, thank you for everything. Ingat lagi waktu kita demam muntah-muntah masa paper Perakaunan PSPM 1, after balik tu kita terus tidur sebab sakit kepala and penat tapi Rica sanggup turun koop belikan kita air 100plus pastu datang bilik nak make sure kita minum je air tu, and Rica tidur sekali dengan kita nak teman kita petang tu.
Bila kulit kita gatal-gatal Rica bagi ubat sapu. Kita terdetik je dalam hati lapar tetiba Rica dah masuk bilik kita nak bagi kita Super Ring and ice cream!! Kadang-kadang tu Rica saje belanja kita kitkat sebab Rica tau sangat kita suka Kitkat. Rica tak pernah berkira lagi lagi hal duit. Rica selalu belanja satu meja makan tu keropok lekor dengan sos melimpah ruah. Rica sangat baik..... Dahla cantik. I kept telling you so many times mata Rica lawa sebab macam kena lukis sebab lawa sangat dia macam melentik kat hujung and panjang and bulat Ya Allah lawaaaa hahaha. Nak main barang make up pun Rica tak kisah hahaha lagi Rica buat tutorial kat muka kita adalah.
Rica ajar kita macam-macam, especially pasal make up lah kot hahaha sebab yela iolls mana gheti pakai make up lulz. Rica la ajar kena pakai foundation la BB cream la bedak la toner everything. Rica kelakar and i miss your jokes and laughs so much. And I still keep this one video yang kita rakam masa Rica tengah gelak gila-gila sebab tengok Running Man hahaha. Kita berdua kalau tergelak sampai kat tangga boleh terduduk-duduk haahaha sebab kalau buat lawak ngan Rica sumpah kelakar. Rindu Rica sangat- sangat :(((

:)
Dan..... Ni lah benda yang paling best sekali dekat matriks

Hahahahahaha ni semua kerja aku dengan Rica suka sangat komplot nak class cancel, konon prihatin gila la hahahahaha ok bai! Rindu semuaaaaaaaaaaaaaaa!

3 comments:
alamak, terbaca.
tak cerita ke anis buat drama kat pakguard. haha
haha nasib baik laa ada Rica tolong masa tu menyamar kat guard
Post a Comment