Sunday, 13 October 2013

Tak lama dah SPM tu

Assalamualaikum. Dah lamaaaa sangat aku tak update blog yang kian bersawang ni haha. Allahu, rindu. Cuma tak berkesempatan nak duduk di hadapan laptop and mengisi masa menaip di blog ni. Busy sangat le katekann~ wahaha nak SPM keeennnnn. Ceit.

Tak lama dah nak SPM :) Trial was over, and I don't want to talk about that anymore. Let's talk about the present and the future. Tak sampai sebulan lagi dah, nak SPM. Hari bersejarah makin dekat, rasa betul-betul dah nak sampai ke tangkai hati wuishhhhhhhhhh cuak tak cuak tak cuak tak cuak hahaha.

Sekarang kena mempergiat usaha, betul-betul kena belajar. Tak boleh play around like before, kena study dalam erti kata yang sebenar. To be honest, I am quite nervous to face the SPM, because I really hope for the best. I really hope my hard works will be paid off and will be shown on the slip, InsyaAllah. Ya Allah, aku tahu Engkau Maha Mendengar. Engkau faham aku, Engkau tahu segala apa yang aku lalui selama ini. Allah..

Seangkatan dengan itu, maknanya aku bakal meninggalkan bumi SESERI tercinta in less than a month! Allah, berat sangat perasaan itu. Dulu bukan main sedap mulut hang habaq tak sayang seseri lah, tak mau duduk seseri la, nak lari dari seseri   haha tapi sekarang? Tak kenal maka tak cinta kan. Aku dah makin sayang SESERI. Sekolah tu ajar aku macam-macam. Kat seseri lah aku belajar jatuh bangun sebagai pelajar. Kat KLIA mungkin aku tak rasa semua tu. Tapi kat seseri, aku belajar ada yang lagi pandai dari aku. Ada manusia lagi hebat dari yang aku fikirkan selama ni. It's not that I thought I was good enough, but seseri mengajar aku bahawa siapa berusaha dia berjaya.

Kat seseri, aku belajar cara hidup orang lama-lama. Aku belajar untuk belajar dari mula. Yang tak duduk kelas pertama. Yang tak boleh dapat highest mark in batch untuk subjek kegemaran aku - pendidikan agama islam and bahasa melayu. Yang tak semua cikgu kenal. Yang berubah jadi pendiam. Yang berubah jadi pemikir. Yang berubah jadi matang. Bukan aku tak usaha, cuma ada orang lagi better than me. Itu yang aku belajar.

Mungkin selama ni aku terlalu hidup di dalam alam kayangan. Sebelum ni aku fikir, peluang akan datang dekat aku. Aku tak nampak kehidupan yang sebenar. Mungkin aku khilaf, maka kerana itu Allah letakkan aku dekat seseri. Supaya aku sedar, supaya aku tahu aku perlu berusaha untuk berjaya. Peluang tu tak datang bergolek, Man Jadda Wa Jadda.

Kat seseri jugak, aku belajar mantapkan iman. Aku belajar hidup berfamili. Isikan hati dengan iman. Penuhkan hati dengan taqwa. Aku belajar bahawa hidup ini memerlukan sepenuh pergantungan pada Allah. Mak ayah jauuuhh, mana nak ada depan mata siang malam pagi petang. Aku hanya ada Allah, yang sentiasa bersama aku tak kira ke mana aku pergi. Selalu hati sebak fikir sampai bila kehidupan aku macam ni, lantas hati terus istighfar, mengingatkan Allah masih ada untuk aku. Dan aku wajib tahu itu.

Pejam celik pejam celik, dah nak hampir tamat dah baki masa aku untuk berada di SESERI. Sayang nak tinggalkan, tapi kehidupan perlu diteruskan.

Aku jugak belajar, Allah sentiasa bantu kita, kadang-kadang melalui kawan. Sukar untuk aku cakap macam mana perasaan berkawan dekat seseri. Perasaan berkawan yang sayang each other, ambil berat macam kakak dan adik. Seronok, rasa macam ada 400 orang adik beradik! Haha ok itu hiperbola. Tapi jujur, we were there for each other through thick or thin.


Dapat flyers dari sbp lain, itu satu kewajipan! Haha.Letak gambar kawan-kawan pun wajibul ghunnah! Gambar parents apatah lagi. Haha, bila dah berjauhan baru la nak kumpul gambar diorang ni. Kalau gambar mak ayah, aku letak atas meja. Dan juga dalam dompet. Gambar kawan-kawan dekat locker.Gambar boyfriend hahaha  ok itu melampau hahaha.


Kalau kita stress ke tension ke (ada beza ke dua tu?) mesti ada sticky note yang tertampal atas meja/locker/selit celah-celah buku. Kawan-kawan bagi. Sebab, kadang-kadang rasa sayang tak terluah di mulut, sticky note lah pengganti motivasi. Yang ni Firzana Redzuan bagi kat aku. Ha'ah yang vlogger tu hahahahaha she is really a good friend. She helped me a lot, especially masa-masa aku sakit dulu ni. Bagi motivasi, and jugak ajar kelas aku Biology. She IS really goooooood in BIOLOGY! Fir, in case if you read my blog and terbaca this post, just nak cakap thank you so much for all the supports you gave me. It is much appreciated. I love you, Fir <3


Yang ini Izzatti Mohamad bagiiiiiiiiiiiiiiiiiii ehehehe. Selalu dapat surat cinta dari dia. Lepas ni kita dah duduk jauh, mana nak dapat surat cinta macam ni lagi macam yang kita selalu dapat kat seseri. :( Kalau masa form 4 laaaagi banyak hahahaha tapi semua tu private leee. Kita-kita je boleh baca kan hahahaha apa bunyi dah pelik semacam ni aish aish haha.



With Izlyn Qistina Anuar. Mak cik ni lah yang setia mendengar cerita dongeng aku and impian aku setiap kali before tidur. Dia jugak setia ada dengan aku tak kira susah senang. Tak pernah merungut time aku sakit dulu ni. Walaupuna ada one week tu aku asyik terbangun pagi aroung 3-4 a.m sebab batuk kuat2 sangat, kau tak pernah merungut aku kacau tidur kau ke apa. But you were there, amikkan air untuk aku, suruh aku minum air. Suruh aku makan ubat. Bawak aku pergi klinik time aku jatuh masa lutut aku sedap gila tersagat atas jalan masa hari sukan sekolah. And aku ingat lagi masa malam aku jatuh tu, kau tidur sampai tersepak lutut aku. Aku meraung kejap, then aku tidur balik. Padahal aku tak sedar apa pun time tu. Then esok pagi kau beria mintak maaf kat aku, sampai ke esok lusa kau mintak maaf lagi. Izlyn, sorry if aku banyak buat salah kat kau. Aku sayang kau tau? Ingat, jangan lost contact.

                                                         BRASSIDIUM 1 2012/2013

 Yang ni pulak, dalam journal aku. Haha sesiapa yang bagi apa-apa kat aku, kalau aku rasa benda tu ada sentimental value, aku letak lah dalam journal aku yang aku bawak pergi mana-mana pun. Aku letak gambar, sticky note, quotes and macam-macam lagi.


 Kak Nudra Azhan :) Seriously, aku rindu dia. Kalau tahun lepas aku ada kakak. Kakak yang setia ada dengan aku, yang tarbiyah aku pasal Islam, Iman. Yang sama-sama tak suka makan buahh yeayy hahaha. Yang ada baju tidur sama dengan aku ok itu kebetulan sangat! Haha.Yang sama-sama stay up.Yang belajar sama-sama. Solat sebelah-sebelah. Bukak puasa pun pernah sebelah-sebelah. haha akak ingat lagi tak waktu tu? Kita rindu waktu macam tu. Kak Nudra ni aku punya House Sister. Dia tak pernah bagi semangat aku luntur. Dia sentiasa positifkan aku. Sampai kadang-kadang aku terfikir, howww dia boleh jadi positif sangat or aku yang terlebih negative-thinking? Haha. Akak, kita rindu akak kita. :)


Ni Kak Ain Hadi yang tulis kat journal aku. Ketua Dorm aku last year. Rindu jugak sangat dekat dia. Haha dia suka panggil aku comot lah, sengal lah. Hahaha tapi aku tahu dia sayang kat aku weee weee. Locker kitorang last year sebelah-sebelah. Dia selalu cerita macam-macam aku before dia masuk tidur. Kak Ain yang 'paling cute kat seseri' <--- ayat dia. Kita rinduuuu Kak Ain! ;)




                                                        From Kak Syai :) Bendahari Pengawas SESERI 11/12.


FLYERSFLYERSFLYERSFLYERSFLYERSFLYERSFLYERSFLYERSFLYERSFLYERSFLYERS. Hahaha aku rasa benda ni semua orang pernah dapat kot. Aku letak semua flyers yang aky pernah dapat dalam satu kotak yang berharga rm5. Haha aku jumpa kotak semurah dan secantik ni time Keluar Bandar. Untung keluar bandar pakai baju batik sekolah, peniaga tau kita ni student, so dapatlah discounttt weee. Ada flyers dapat dari utara, dari selatan. Dari pantai timur pun hee. Daripada kawan2 lama sampailah ke kawan2 baru yang berjumpa di HKSBP :) Seronok seronok. Mak kata berkawan biar beribu, berkasih biar satu.

Rasa sayang pulak nak tinggalkan seseri. Setelah apa yang aku dapat, yang aku lalui. Akhirnya semua bakal jadi kenangan.

So i think this will be my last post before the battle begins wahhhhhhh ahahaha gramatis tak ayatku hahaha. Ok dah stop. Need to study now, and pray for the best. Ya Allah, bantulah aku. Bukakanlah pintu hatiku seluas-luasnya agar aku mudah menerima ilmu pengetahuan. May Allah ease our way, please make Du'a for me :) And I'll pray for you too, insyaAllah. Kawan-kawanku, kita semua boleh berjaya. Percayalah, Allah Maha Adil. Allah, bantulah aku.bantulah aku.bantulah aku.

1 comment:

Nudra Shafini said...

Assalamu'alaikum Anis ;)

Sweet sangat.
Menangis kot baca.
Dengan lagu macam ni dekat blog awak. Haih.
Kita pun rindu adik kita :')

Bukan akak terlalu positif,
-- atau Anis terlebih negatif,
Ini yang Allah beri untuk kita saling lengkapkan
Iman masing-masing.
Tarbiyyah Allah itu indah, adik.

All the best for your SPM.
Ingat apa akak text kan.
Yakin dengan Allah, insya Allah,
-- Dia akan bagi.

Weh panjang dah.
Mcm nak buat blogpost. Haha

Ilyfillah, assalamu'alaikum ;)