Pernah tak rasa macam mana ada kawan yang pagi petang siang malam senja subuh syuruk asyik dok dengan diaaaa je? Err, kalau dalam kata singkatan, everytime and everywhere kita pergi sentiasa dengan dia.
Bangun pagi tengok muka dia, nak mandi masuk toilet tengok muka dia, pagi2 breakfast tengok muka dia, pergi sekolah dalam kelas Allah, muka dia lagi! Nak tido pun muka dia lagi. Tapi, walau tengok muka diorang ni boleh dikatakan SEPANJANG MASA, ( melainkan waktu tidur, mandi dan seangkatan dengannya ) , kita tak pernah rasa jemu dan bosan. Ecewahhh macam bercinta ahaksss!
Ini cerita Brassidium 1. Takde tipu takde dusta. Setelah setahun kenal depa baru la ni aku nak ceghita dalam blog ni ??!? *cekak pinggang angkat kening*
Duduk dekat SESERI ni, macam2 yang aku belajar. Aku belajar berdikari ~lah sangat! , basuh baju sendiri, bangun awal, lipat baju, tegang cadar, kemas locker, belajar untuk hidup tanpa mama abah di sisi, belajar hidup dengan orang-orang baru, banyak sangat. Aku jugak belajar nak hadapi dugaan, berdepan dengan karenah kawan-kawan yang pelbagai, guru yang strict and sempoi. Allah, kalau nak di listkan, sampai Jumaat minggu depan pun tak habis lagi.
Diorang lah, ahli dorm Brassidium 1 yang banyak tolong aku survive kat sini. Without them, I don't know what will happen to me. I love each and everyone of them. Thanks korang. Aku sayanggg korang! *lap air mata*

From left : Me, Alieya, Irda, Farah Idayu, Ayie, Izlyn, Shida, Aishah Ahmad (yang nampak half muka tuu)
Inilah kamiiiiiiiiii hehehe. Wahhh baju semua sama gitu hahaha. Asalnya tak plan pun nak beli baju sama-sama. Waktu tu bulan Januari lepas, time weekend. Tetiba kitorang ramai-ramai nak beli something yang semua satu dorm ada, kira macam identiti dorm kitorang lah. Pastu entah sape cadangkan baju kurung dorm, and semuaaaaaa setuju wahhhhhhh apalagi ha amik kau baju kurung hijauuuuuuu soooooo BRASSIDIUM

Thanks korangg. Walaupun kita pernah bergaduh, bermasam muka, tapi benda tu tak lama pun. Sekejap je, pastu baik semula kan? Haha. Ingat lagi time last year kita bergaduh. Bila senior dah naik atas untuk kelas tambahan, kita yang dalam dorm buat perjumpaan luahan perasaan bhahahaha pastu nangis2 bhahaha pastu baik balik hahaha. Mintak maaf kalau selama ni aku banyak buat salah kat korang, susahkan korang.
And thanks korang, sebab care pasal semua orang. Kalau ada sorang sakit, semua nak jaga. Hahaha. Kalau sorang jatuh, semua nak tolong angkatkan. Kalau sorang sedih, semua orang akan bersedih sekali. Sorang kena marah ngan cikgu ke, satu dorm mesti akan tahu. Kalau nak dekat exam kita belajar sama-sama. Tak paham terus tanya sama-sama. We did everything together and I hope our friendship will last long.
Tahun ni kita dah ada juniors. So kena jadi kakak yang baik to them all. Err, 'kakak' lah sahngat~ :P hahahha cam nak tergelak.

No comments:
Post a Comment