Fiuh fiuhhh Alhamdulillah Wa Syukrillah, akhirnyaaaaaa dah tamat pergelutan saya bersama Encik SPM. Dah tamat tugas aku sebagai pengawas merangkap pelajar SESERI. Dah tamat tugas aku sebagai Ketua Religi SESERI *k ni tak perlu kot. Pemenangnya? Hmm entahla, tunggu dan lihat sahaja *nadapasrah*.
Jadi macam mana SPM anda anda semua? Hahahahaha susah i tell you people!
Err, takdelah semua susah. Adalah yang senang jugak.
Tapi teori yang mengatakan SPM lagi senang daripada trial macam tak betul je. Macam ada certain soalan trial senang lagi. Ada SPM senang. Soooo takleh pakai teori itu ya adik adik yang bakal menduduki SPM muahahahaha mentang-mentang aku dah habis SPM haih.
Maka dengan itu tamatlah sudah 14 tahun sesi persekolahan aku di muka bumi ini. Alhamdulillah. Mula sekolah 4 tahun di TASKI Kuarters KLIA, dan tamat Tingkatan 5 di bumi SESERI tercinta. Syukur.
Bila last day exam Biology tu, time Paper 3, masing-masing gaya dah tak menahan tulis jawapan. Tulis sikit sikit, terus pandang jam kat dinding. Tak sabar menanti jam 3.30 petang. Aaaand bila tepat pukul 3.30 semua orang macam......

Haaaaa camtu lah perasaanya Ya Allah lega teramat! Some of us even cried okay! Don't you see how meaningful was that moment to us like seriously! Hehe k terover..... Senyap :P
Jadi sementara menanti keputusan SPM ni, aku jadi suri rumah
Kata kat mak ''Ma, cuti ni akak nak belajar semuaaa resipi masakan Mama. Mama kena tolong akak tau''
Mak aku jawab ''Ye sangatlah kamu tu nak memasak. Kalau kamu masak alamatnya tak berasaplah dapur mama ni.''
K ma.. K.
Selain daripada itu *pergh macam karangan bm hahaha* aku jugak nak ambil lesen kereta. Ok anda jangan cuba pertikaikan kredibiliti aku untuk bawak kereta. Walaupun zahirnya aku rendah, eh tapi aku sampai ok nak tekan minyak pedal bagai. Takdelah rendah sangat....
Memandangkan minggu depan dah nak bukak sekolah, jadi adik-adik semua *hahaha macam tuo sangat aku ni * belajar rajin2 ye. Jangan study last minute!
Yang nak ambil SPM tu, belajar betul2. Please, there's no such thing as 'lain kali lah' when it comes to study. You have to be prepared all the time so takdelah gelabah sangat bila nak jawab exam okay? *pengalaman lalu..huhu.
Ok itu sahaja. Lain kali kalau rajin aku post lagi. Kahkahkah bajet macam ada yang nak membacanya sahaja. Kk till then! Assalamu'alaikum and May Allah bless us all Aameen :)
p/s : ESTRELLA and all SESERIANS,only Allah knows how much i missed u guys.
No comments:
Post a Comment