Kita takkan pernah jangka, lama mana sesuatu pemberian Allah itu buat kita.
Kadang-kadang setahun, mungkin 5 tahun, mungkin 7 tahun, mungkin 10 tahun, ataupun 50 tahun, ataupun selamanya.
Kadang-kadang sekecil-kecil penghargaan itulah yang mampu mengubah dunia. Sekecil-kecil 'terima kasih' itulah yang mampu menguntum sejuta senyuman buat seantero bumi. Menghargai itu bukannya susah, walaupun halnya cuma sebesar zarah.
Lumrah manusia, hanya mula menghargai apabila sesuatu pemberian Tuhan itu ditarik pergi. Baru mula menyedari akan kewujudan sesuatu benda. Seakan akan tertampar dek waktu, benda yang ada di depan mata, hilang satu persatu dibawa arus masa.
Pada detik itu, manusia baru sedar, namun terlewat, dek baran yang mengawal dinding ego agar terus menggunung tinggi. Pabila terlewat, keinsafan yang muncul dari segenap sanubari itu, sayangnya telah basi. Tak mampu diguna pakai lagi.
Penyesalan yang dalamnya bak laut lepas, tingginya bak kejora, useless. And pointless.
Allah Maha Adil. Tidak Dia membiarkan kita terkapai-kapai tatkala badai yang melanda, andai dalam hati kita juga punya ruang buat Dia.
Percayalah, robek hati yang kau terima pada hari ini, bakal Allah gantikan dengan sesuatu yang sangat indah di kemudian hari. Hanya pada saat itu nanti kau seakan akan terjaga, betapa ujian yang Allah turunkan dulu, untuk kau belajar terlalu menghargai nikmat bahagia pada esok hari.
Jangan kau persoal kerja Dia, lambat atau cepat itu urusan Dia.
Cumanya, kau hanya perlu percaya. Allah itu ada.
Cuma kita manusia, mahu atau tidak cari Dia.
Buat semua isi alam, yang pernah datang menyinggahi ruang hati, menyelami jiwa ini, mengenali budi diri, dan buat awak yang masih kekal hingga ke hari ini, terima kasih kerana tidak pernah meninggalkan walau sekali.
Dan buat yang sudah pergi, juga terima kasih, kau ajar aku erti kuat untuk berdiri di atas kaki sendiri, saat aku tiada siapa di sisi.
Sesungguhnya, sepenuh-penuh hati aku serahkan pada Dia.
Kerana hanya Dia yang Maha Tahu.
1 comment:
(2:216)
(2:286)
(29:1-2)
Post a Comment