Well Ujian Diagnostik 1 telah pun selamat dikebumikan pada hari Rabu yang lepas bersamaan dengan 26hb Februari 2013 di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri. Eh kejap, betul ke 26hb? Haha tah, main bantai je ni. Ye la kot 26hb. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang penuntukan hutang daripada mana-mana pelajar, kerana kami semua dah tak nak lalui ujian sebegini yang sebegitu berat ditanggung ni Ya Allah. Ni belum SPM lagi ni Astaghfirullah.
Ni semua gambar lama. Hee ye gambo lamo doh. Tak kelik je hahahaha k ni dah kenapa aku cakap bahasa Kelantan ni. Cam apa je. Tah betul ke tidak grammar Kelantan aku tu aihh.
Jadi untuk mempertemukan tiga hati serangkai ini kami bertiga pun berjumpa lah di Nilai

Ye kami bertiga je yang datang. Si Adibah Yasmin Rozany Samoht Yaakob Thomas tuu ( kelas kau Anis siap ingat nama datuk sekali :P ) tak dapat datang sebab, kedemaman. lah kononnya~ Haha tapi tak apa, we don't mind, sebab even Adibah takde tapiiiii dia tetap temankan kitorang. Hahahaha sila lihat gambar di bawah kalau tak percaya .

Haa baru teringat ni dekat mana. Ni dekat pusat bowling Nilai yang baru bukak tuu. Haha baru otak aku boleh interpret data selepas tengok gambar kereta ni. Lambat sikit dia nak generate hari ni -.-


:)
Then, we went to Sara's house to study. Hahahaha setadi tuu jangan main main. Ye lah kata nak dapat stret A pelas tapi kalau tak setadi acano tu? Kan? Tapi, time setadi ni tiba-tiba Adibah Yasmin yang katanya kedemaman tahap Ultraman Taro tu boleh pulak datang. Ye lah nak setadi kan hikhik.



Tengah-tengah kami dok syok lah sangat belajar Physics, Oyen datanggggggg Ya Allah menjerit si Adibah Yasmin ketakutan dan kebengangan hahahaha. Tengok tu, Oyen relax je landing atas meja, Adibah yang takut sambil sorok belakang badan budak tu. Sedangkan kalau ikutkan, Adibah lagi besar dari Oyen tu -.-

Ya Allah, kekalkanlah persahabatan kami, di dunia wal akhiroh. Ameen. So, that's all for today. Budak yang sedang menaip ni dah nak kena balik aaaaseeeeraaaamaaaaa tsk tsk kbye.
Assalamu'alaikum :)
No comments:
Post a Comment