Ya Allah, only Allah knows how I felt sepanjang dalam hospital tu.
On 6th March 2013
Aku baru balik dari latihan bahas bersama-sama Radziah and Husnina di 5 Bakerara. Ada HKSBP Zon Tengah yang sepatutnya berlangsung pada 8th March di KISAS. Walaweyh KISAS sapa taknak pergi?! Time ni aku dah macam pening-pening and sengal-sengal badan. Lepastu dalam pukul 5.20 aku mintak izin kat Radziah nak turun bawah sebab nak kol mak. Kiranya nak endkan discussion bahas lah. So everybody was ok and kitorang pun turun ke blok asrama.
Aku kol Mama. Dah tengah syok borak-borak tetiba Mama tanya ''Sihat ke?'' heh dan aku pun jawab ''Alhamdulillah sihat. Just sakit tekak sikit je. '' Pastu salam bersambut dan talian dimatikan. Aku bergerak menuju ke dorm dan terus menuju ke hujung dorm, di mana aku nampak Ayie tengah study. Tanpa dipaksa, aku tetiba rasa nak baring sebelah Ayie and terus terpacul ayat ni dari mulut aku ''I can't stand with this anymore"
Pastu Ayie tanya '' Why Anis?'' then aku diam tak bersuara sambil pejam mata rapat-rapat. Tetiba aku dapat rasakan tangan Ayie lembut memegang dahiku, dan dia bersuara ''Ehh you demam lah Anis! Panas ni!''. And aku macam, '' Hahaha whaaaat? Esok bahas weh kau nak kata aku demam'' tapi dalam hati jelah -.-
Malam 6th March 2013
Ada latihan bahas lagi dekat 5 Bakerara. Time ni memang aku dah tak dapat tahan, sepanjang latihan aku bercakap tapi kepala atas meja. Mata dah start berpinar dan aku tahan je lah memikirkan lusa nak bertanding dah, Ya Allah . . .
7th March 2013
Patutnya pagi tu Religi conduct the assembly, tapi aku kan demam hewhew so ketua religi ni diexcusekan -.- Time PJK, aku tak pj lah sebab demam. Pastu Fir yang tak join pj pun datang kat aku and tanya ''Eh napa tak pj''. I told her lah yang aku demam,then dia pegang tshirt putih aku tu pun dia dah cakap '' WEH PANAS WEH ''. Pukul 10 pergi klinik, Alhamdulillah ada Syida. Dia pun nak pergi klinik sebab asthma.
Sampai kat klinik, doktor cakap temperature aku 39.8 degree. . . Memula doktor suspect aku ni denggi. Aku pikir, alah denggi tak teruk mana kot. Boleh bahas lagi esok ni. Alih-alih kena marah ngan doktor, dia cakap '' Awak ni dah la demam panas, pastu suspect denggi, ada hati nak bahas lagi esok ni. Tade, awak lek lek je kat rumah esok lusa ni.'' K . .
Balik asrama, Syida tolong papah sampai dorm. Then kol Mama Abah mintak amik balik rumah, anakmu sakit hewhew. Sementara tunggu Mama sampai, Syida was there to jaga me :') Alhamdulillah, Syida kepala, urut badan, lapkan badan dengan air.. Sedangkan Syida sendiri asthma. I asked her, ''Syida boleh ke? Syida kan asthma..'' Pastu dia cakap '' Laa relax laa. Asthma je kot.''. Haha banyaklah hang punya asthma, haih. Thanks Syida, I love youu <3
8th March 2013
Bila aku bangun pagi, benda pertama dalam otak aku, Alhamdulillah, aku hidup lagi. Like seriously, kes tak larat gila. Second thing, AKU TERLEPAS PERGI KISAS WEEYYHHH MAMAAAAA :'(((((( Sedih kau sampai ke hujung tangkai hati. Tapi apakan daya, Allah Knows Best. Pukul 9 pagi macam tu abah cakap ''Anis Shahirah, siap, kita nak pergi Columbia Asia''. Memula abah cakap camtu, aku macam ''Apesal aku sakit sakit ni nak fly pergi Columbia?''. Tapi dah lama lama tu baru aku paham, ohh nak pergi Hospital tu, nama Hospital Columbia Asia. Aisehh -.-
Aku kol Mama, Mama pun balik and we went to the hospital. Aku asyik batuk je, tak berhenti. The feeling bila batuk tu, cam, paru-paru tu nak terkeluar. Pergh dahsyat tak simile aku? Hehe.
Jumpa Dr. Ariffin, ehemm hensem :3 Eh tapi dah berumur dah, Allah, istighfar sekarang! Beliau pun kata aku disyaki denggi, pada mulanyalah. Then, kena admit masuk hospital . . .

Caaaantik kan? Heeeeeeeeeeeeee
9th March 2013
Dr. Ariffin mula mengesyaki sesuatu yang asing berada di dalam saluran pernafasanku. Dia cakap camni ''Saya ingat nak bagi you keluar hari ni. ( I YOU k dengan aku hiks ) then pagi ni you punya demam naik balik. So I rasa ada kuman lah tu dekat paru-paru'. Perghhh jantung aku macam ''What the kuman inside my lungs? How come you boleh celah masuk my lungs?'' then Dr. Ariffin sambung lagi '' Esok pagi kita buat X-ray and ultrasound k.''. Kita you hekhek.
10th March 2013
Xray done. Ultrasound pun done. And the result was, ada radang paru-paru. Scientifically, Pneumonia .
I've been admitted to the Columbia Asia Hospital since 8th March 2013 until 12th March 2013. 5 hari terbaring terlantar atas katil tu, huu sedih tak? Tak lalu makan, tak lalu nak buat apa pun. Makan muntah, makan muntah. Haa tu je la kerja aku. Kesian Mama, hee dok menjaga anak dara sorang ni.

Ni Mama. Setia menjaga aku, macam nurse dah aih sepanjang kat Columbia Asia tu. Hee. Aku nak pergi tandas, Mama bawak. Aku nak makan, mama angkat bangun, mama suapkan. Aku nak muntah, mama cari plastik. Aku nak online, mama bagi Ipad # ehh haha. Best best. Kesian mama. Ada satu pagi tu, Mama plan nak pergi sekolah dari hospital. Kiranya cam mama plan baik punya, pukul 6.30 pagi gerak dari hospital. Alih-alih pagi tu aku tak bagi mama pergi sekolah. Heee jahatnyelah aku ni. Kesian mama kena mengalah dengan aku pagi tu. Terpaksa lah jaga aku ni kat wad. Hekhek alah mama, bila lagi kita nak bermanja kaaan? Hee love youuu <3

Inilah antara ubat yang aku kena makan. Pergh duduk kat wad tu, setiap 4jam ade je ubat datang. Tapi takpe, kita bersangka baik. Ubat tu lah pertolongan dari Allah, nak bagi kita cepat sembuh. Hee <3
Tengok, ni makanan apa yang hospital bagi. Sedap kaaaaan?

Tapi apa yang aku makannn?

Hehehehe ni laaaaaaaaagi sedap! :P
Iman datang melawat. Sara pun datang. Heee, thank you korang <3

Tak lupa juga, Abah pun ada menemani aku. Hekhek thanks abah, for the bills :P For visiting me, for caring about me. Tak lupa tanya dah makan ubat batuk ke belum. Tak lupe masa mama takde sekejap haritu, abah bukakkan aku internet untuk aku online, hehe. Duduk tepi aku sampai tertido-tido ha abah. Cayaaaang abah. <3
Ok, itu sahaja kot. Alhamdulillah, now everything is getting better. Walaupun masa memula boleh balik dari hospital pun still muntah muntah lagi. Haha apa taknye, first day balik aku dah bedal Maggi entah sapa punye tah atas meja ruang tamu rumah aku tu. Mana tak muntah balik -.-
Semalam petang, Mama ajak pergi Suk Sabai. Memang orang pengurut tu macam nak test tahap Taekwondo aku je. Aih tapi Ya Allah, sodappp! Heee.
Alhamdulillah, ada hikmah disebalik semua yang terjadi ni. Macam-macam yang dapat aku saksikan, hikmah disebalik semua yang nyata ni. Ya Allah, ampunkan aku sekiranya sakit yang Kau berikan ni adalah pembalasan daripada dosa-dosa lamaku Ya Allah. Ampunkan aku. Sembuhkanlah aku Ya Allah. Berikanlah aku pengajaran yang sewajarnya, dan jika sakit ini adalah salah satu cara Engkau sedarkan aku, maka aku redha Ya Allah. I love You, Ya Allah <3
No comments:
Post a Comment