Tak kurang dari 24 jam lagi, keputusan PMR akan diumumkan. *muka kerut* Tak tau nak ekspresi kan muka ni macam mana dah. *muka kerut lagi* Semua perasaan ada.*angkat kening sebelah,yang lagi sebelah tu stay kerut* Bercampur baur.
Nervous tu memanglah. Tipulah kata kalau tak nervous kan. Well, nervous tak nervous, 22 December insyaAllah akan muncul jugak. Ceitt, masa PMR habis dulu semua lah nak merdeka lah, freedom lah apa lah, bila result nak dekat ni tau pulak takut.
Yang penting, kita semua dah melakukan yang terbaik *angguk2 kepala*. Selebihnya kita serah pada Allah, kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa atas segalaNya.
Ya Allah, bantulah kami pelajar tingkatan 3 2011. Bantulah kami dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PMR yang telahpun kami duduki beberapa bulan yang lepas. Kami mohon Ya Allah, kami mohon, berikanlah kami kejayaan semua A dalam semua subjek PMR yang telahpun selesai kami jawab Ya Allah. Hanya Engkaulah Yang Maha Bijaksana, ilmuMu mengatasi semuanya. Anugerahkanlah kami kejayaan semua A dalam PMR. Hanya itu yang kami harapkan Ya Allah. Sentiasalah ada di sisi kami Ya Allah, kami mohon keputusan semua A agar kami mampu membuat ibubapa kami tersenyum bahagia melihat titik peluh kami. Hanya padaMu kami memohon Ya Allah, hanya padaMu kami berserah, kabulkanlah doa kami ini. Kasihanilah kami,sayangilah kami, sesungguhnya kami mohon bantuanMu Ya Allah, dan hanya Engkaulah Yang Maha Pemurah dengan rezekiMu, Ameennn :)
No comments:
Post a Comment