![]() |
| SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH :) |
Kawasan : SMK KOMPLEKS KLIA
8.30 pagi
Keluar dari kereta, pandang kiri kanan. Okay takde sapa lagi. Teruskan berjalan, lalu depan koop jumpa adibah sulaiman,fuhh lega :D then kitorang lepak2 dalam surau, sampai nak dekat pukul 10 pagi. Lepastu kitorang dok fikir, nak ke tak hantar mesej dekat si 15888 tuh. Konon lah mula2 berani, nak dapat result cepat konon, ceitt,terus send. Tapi tunggu punya tunggu dan tungguuuuu lagi. *sampai sekarang....*
10:20 pagi
Dalam kelas 3S, Sara tengah dok agih2kan t-shirt kelas yang cool ;) Tiba2, handphone bunyi 'toktoktok' tandanya mesej masuk. YA ALLAH. DARI 15888 KE NI??? Terus buat muka cuak,semua orang pandang,semua dah dupdapdupdap. Aku pergi jauh sikit dari diorang,dan dengan hati yang berdebar and tawakal gila2 ni bukak lah mesej tu. Berapa lah yang aku dapat.... TETTTTTT, rupa2nya bukan dari 15888, haish cuak je la haii~
11 pagi.

Adibah Yasmin sampai,dan kitorang tunggu bawah pejabat tu. Okay masing2 muka cuak,semua tu cover je tuu, lagi2 yang tengah sengih nampak gigi pandang belakang tuu :D
Dan dan,kitorang tunggu jugak pengetua,tapi tak sampai2 lah lagi. Last2, ini yang kitorang buat.

Disebabkan si 15888 tu tak balas mesej kitorang, kitorang try dapatkan result guna internet. Tapi malangnya,laman web kpm tu busy, jadi memang punah lah harapan =.=''
11.30 pagi
Tengok sekeliling, semua dah muka cuak. Semua dah naik dewan, semua dah menggeletar. Okay aku pun sama lah jugak. Of course la, even buat muka slumber, dalam hati hanya Allah je yg tau. Dan, TIBA2, satu mesej masuk... Aku bukak, dan ia daripada 15888. Masa tu result tak keluar lagi. Allah,jantung aku kembali berdegup sekencang kencangnya,sampai aku tak tahu sekencang mana dia berdegup,okay tak lawak. Aku pandang sara,pandang iman,pandang adibah. Semua dah baca doa dah ni. Dorang suruh aku bukak,and tengok result. Okay aku bukak. Bismillah....... "Sorry, service is currently not available now. Please try again later" .......................
12 tengah hari.
Aku,iman,sara ngan adibah tengah confess yang kitorang sayang group kita ni. Semua luahan hati semua keluar. Aku sayang kau gila2 lah, saya sayang awak lah, semua lah. Macam apa je. Haha. Dan, dari tepi sudut mata kiri aku, aku nampak yaya datang. Muka happy ni. Datang2 je kat kitorang dia tepuk peha aku, dia cakap, "Kaknis dapat 8A!". Aku pulak, huh? =.=" Mula2 aku tak percayalah, budak2,susah kot nak percaya. Then,aku tak tau nak cakap apa. InsyaAllah,mungkin betul. Adibah semua dah congrates, but time tu aku still tak cakap apa. Tak nak cakap apa,sebab takut tak betul. Iman kat sebelah dah nangis2 dah, yang lain tambah cuak la. Haihhh.
12.30 p.m
Dapdapdap *bunyi tapak kasut pengetua* okay sebenarnya tak berbunyi. Saja tambah hee. Masa ni semua muka macam dah nak
12.45 p.m
Masa yang dinanti-nantikan. Yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Jengjengjengggg, cikgu umumkan keputusan mula dari 6A. Muka masing2 ketat gila lah,tak boleh nak cakap apa dah. Telan air liur pun dah tak sanggup! :P Okey..6A, ramai jugak lah. Kemudian, dia sebut nama2 7A. Alhamdulillah, korang yang dapat 7A memang hebat! Memang ramai yg dapat 7A, alhamdulillah. Aku time ni nak termampu nak kata. Semua diam, tepuk tangan,tu je,haha cuak punye pasal kan. Then,cikgu Normah sebut pulak untuk nama2 8A.
Time ni,kak tikin kol akuuuu,warghhhh. Alhamdulillah,aku dapat keputusan yang aku impikan :) Tapi yang lawaknya,time cikgu tengah panggil nama aku,time tu jugaklah fon aku bunyi. Tengok2 kak tikin,grrr. aishh. Mula2 sempat lagi pikiaq,nak jawab or ape? Last2,ahh lantak lah, campak je fon terus dalam beg,pegi amik slip dulu,hihi.Then naik atas pentas untuk bergambar,semua orang nangis,especially perempuan. And,yeah,I'm proud to say that I didnt cry. :) For the first time aku dapat result and tak nangis. Okay tipu,ada lah keluar sikit. But still tak nangis,mcm UPSR dulu :) Just,terharu and,happy,happy untuk semua orang,untuk geng kita. :D
Then dah puas bergambar teheee apa semua, turun stage and pegi la salam cikgu peluk cikgu cium cikgu dan seangkatan dengannya lah *cikgu perempuan sahaja harap maklum*
Then memang banyak lah talian bertali arus betul masuk dengan keluar. Kopak kreditttttttttttt >.< Haha. But I dont mind at all, because I was thinking that this is a good news and i should share it with others,right :) Bukanlah kata kita riak,tidakk :) Okay,insyaAllah tidak :)
Dan,aku pandang lagi kiri kanan pada pkul 1.15 petang jam Malaysia, ada yang nangis,ada yang diam,ada yang senyum memanjang sampai ke telinga lubang telinga semua lah.
Jadi dikesempatan ini,ingin saya ucapkan ribuan terima kasih pada semuaaaaaaaa cikgu yang dah mengajar saya,bukan cikgu sekolah menengah je,tapi dari tadika kemas lagi heee. Dan untuk cikgu2 yang dah mengajar kami semua dari kelas 1Suria sampailah 3Suria, THANK U SOO MUCH AND WE LOVE YOU GUYS. Tak lupa juga pada Teacher Siti yang dah byk beri tunjuk ajar maths and science,thank u. Alhamdulillah, Hanya Allah je yang dapat balas jasa2 cikgu semua,insyaAllah :)
Terima kasih atas sokongan kalian selama ni. Terima kasih,sebab sudi belajar sama2,kita semua dalam satu tingkatan 3 ni.. Dan,tak lupa juga pada yang sentiasa berdiri kat belakang diri Anis ni,tak kira time Anis jatuh atau berdiri, terima kasih :) Alhamdulillah, syukur YA ALLAH :)
Tapi haruslah kita ingat, kalau kita tak dapat keputusan seperti apa yang kita impikan,janganlah terlalu bersedih. Kerana plan Allah semua tu adalah yang terbaik buat kita,jadi manfaatkan sebaik-baiknya. Akhirat nanti lah penentu kejayaan sebenar kita, sama ada syurga atau ke neraka. Mana satu pilihan kita? :) Ya Allah,aku bersyukur atas nikmat kehidupan yang Kau anugerahkan padaku. Alhamdulillah :)
Semoga kita masih di perbatasan syarak, dan, kehidupan dan hubungan sesama kita diredhai Allah Taala :) Terima kasih YA ALLAH.


3 comments:
tahiah:)
tahniah:)) *typing error*
hihi thanks cousin :")
Post a Comment