Kalau haritu kitorang ada SPEDGetaway, kalini kitorang ada SPEDIftar!
Bertempat di KUIS, Bangi, kitorang berbuka, terawih, moreh and main bunga api semua dekat sini haha.
"Kenapa buat dekat KUIS? Korang kan student UKM?"
Buat dekat KUIS ni sebab one of our classmates, Ariff, parents dia ada rumah staff dalam KUIS ni which is very suitable nak buat any functions/events ke. Lagipun perjalanan dari UKM ke KUIS takdelah jauh sangat, it took 15-20 minutes to reach KUIS.
Jadi macam biasalah, mestilah berkonvoi hehe. Bertolak around 5.40 pm, nearly 6.00 pm kitorang dah terpacak depan rumah.

What I love the most about this house is that dia macam ada satu mini hall untuk kita buat event dekat sini. Pernah tengok kan dewan yang orang letak meja bulat bulat satu meja sepuluh kerusi tu? Ha cenggitulah tapi yang ni mini version punya.
Malam tu kami makan berbuffet! Nasi putih, kari daging, ayam goreng berempah, ulam-ulaman, kuih-muih, cream puff ( requested by Najwa ), kek coklat ( specially homemade by Kak Suhana ), buah-buahan (Kak Farah and Kak Iqa ) dannnn kurma!
Sumpah bangga gila first time beli kurma sendiri?!? Haha sebab setiap kumpulan ada pembahagian tugasan, macam kumpulan ni bawak apa, kumpulan kitorang kena bawak kurma.
Pastu dah la masa pergi beli tu aku dengan Kak Dilla je, and kitorang berdua tak makan kurma!
Macam aku lagilaaaa nak pandang pun susah sikit lemah jantung ni, tapi gagah jugak lah demi iftorrrrr haha.

Aina, Ateh, Kak Farah and Kak Iqa hehe
Masa nak beli tu terus tanya dekat tuan kedai "Mana yang paling sedap?" "Mana yang orang selalu beli?" "Apa beza kering dengan basah dan mana paling bagus?" "Hahaha dan akhirnya bila Kak Farah rasa kurma tu, Kak Farah cakap lembutttt Ya Tuhan macam nak sujud syukur bangga gilos iolls padahal kurma je lek ah

I don't know what was I doing but you gotta admit that I'm cute. Very cute *muntah pelangi*

I will always have my hugeeeee love towards this picture of us!
Malam tu best sangat. Pelbagai pengisian, usrah santai sebelum Maghrib with all the sisters, Maghrib berjemaah. Aku bersyukur Allah letakkan aku dalam kalangan mereka yang baik-baik
Kadang-kadang kau tak perlu pun kawan yang alimnya bak ulama' untuk kau jadi baik, cukup dengan mereka yang sentiasa mahu berusaha untuk jadi baik, Allah pasti bantu.


Lepastu dah habis berbuka and Terawih, kitorang pun moreh andddd main bunga api! It was so fun! Rasa macam dekat kampung pulak main bunga api. Tapi kalau dekat kampung lepas main bunga api mesti kena marah dengan atuk sebab lantai jadi hitammm sebabkan minyak tanah tu HAHAHA tapi atuk jugak yang bersihkan balik. Rindu atuk and tokwannn dekat kampung :(



SPEDGetaway dah. SPEDNight dah ( i wanted to update about this tapi nanti emotional sangat so nanti-nantilah? ) SPEDIftar pun dah. So lepasni apa pulak? Jeng jeng jeng *flipshawl*
No comments:
Post a Comment