Friday, 27 May 2016

polemik






Terima kasih atas tahap kesabaran yang sangat tinggi. Tetap senyum walau terluka, tetap manis walau diseksa jiwa dan raga.


Aku cuba sehabis daya dengar tempikan hati ke dada langit, aku cuba sehabis daya kuburkan dinding ego yang tinggi melangit, namun aku juga manusia. Kan? Kita manusia, ada hati, ada perasaan. Apa kau pernah rasa hati kau dirobek sekuat hati, disiat sepenuh jiwa, dicincang hidup hidup?


Jadi bagaimana rasanya?


Sakit.


Tapi kita hidup berTuhan. Tempat segala pergantungan, tempat segala pengharapan. Apa kau pernah bercerita dengan Dia tentang perit pahit kau? 


Tenang, bukan?


Aku hidup dalam kepercayaan bahawa kuasa Tuhan itu wujud. Walau apa pun yang terjadi, badai apa pun yang melanda, tragisnya sesuatu polemik pun, bila Tuhan kata Kun Fayakun, maka jadilah ia.


Bilamana jujurnya keihkhlasan itu dalam silangan ayat maaf, tulusnya perbuatan itu dalam segala macam perkara, aku jadi sebak, lantas menjunjung tinggi ego, memasang pagar kemarahan, hanya untuk menafikan rindu yang bersarang lama jauh dari dalam sudut hati.


Terima kasih untuk segalanya.





No comments: