Assalamu'alaikum and hye everyone!
Yaaaa seperti yang anda semua lihat tajuk di atas tentang
Privasi 2.0, yaaa memang harini saya nak bebel lagi pasal hashtag privasi.
Mungkin haritu privasi lebih kepada personal punya barang atau stories/secrets,
tapi hari ni nak cakap pasal privasi di dalam telefon bimbit.

No that is not my phone.
Biasalah kan kita manusia sekarang ni, semua benda kita
letak dalam telefon bimbit.
Gambar ke, personal passwords ke, email ke, or macam girls,
they screenshot almost everything so yeah benda tu pun dikategorikan sebagai perkara-perkara yang melibatkan privasinya.
Jadi, bila kita dah diberi amanat untuk pegang handphone
kawan kita, janganlah kita membuta tuli sesedap rasa buka handphone kawan kita
( walaupun tahu password ) dan explore sini sana.
Tak sopanlah awak… Itu kan
hak kawan awak. Tak kisahlah dia sebenarnya kisah ataupun tidak, tapi jangan
tunjukkan sangat sifat kerakusan awak nak bukak sana bukak sini telefon dia.
Selain itu, contohlah, bila kawan awak ni nak tunjukkan
sesuatu yang menyebabkan dia teruja dalam phone dia, macam gambar ke, janganlah awak eh tetiba swipe kiri swipe kanan pula gambar dalam gallery phone dia.
Apa yang dia tunjuk tu, itu je lah yang awak tengok!
Ni aduhai siap kemain bukan
setakat swipe left left right right, siap buka lagi folder-folder lain dalam
gallery macam gambar dari Twitter ke, gambar yang dah di edit ke, gambar yang
di favourite ke....

Nak bukak segala apps dalam ni minta izin daripada tuannya ya anak-anak!
Di samping itu *yaaaaa memang aku buat karangan hari ni*, kalau awak nampak kawan awak dekat sebelah tengah ber Whatsapp, janganlah pulak awak tinggikan leher awak seinci ke 2 inci ke 3 inci ke untuk tengok dengan siapa kawan awak tu tengah Whatsapp, apa yang mereka bualkan, etc etc. No. That is her privacy. Ini tak, dalam dewan kuliah tu kalau boleh sedaya upaya terteleng-teleng kepala nak tengok nama contact Whatsapp tu.
Ada pulak tu dalam dewan kuliah aku perasan sampai tiba-tiba
je dia senyap, pastu kebelakangkan sikit badan dia, kepala dia tunduk bawah ha
sah sah nak tengok aku Whatsapp dengan siapa kan hahahahha
Amendaaaalah.
People just need to learn more about respecting someone’s
privacy tho. Like seriously.
Ya mungkin kadang-kadang awak nak tengok,nak tahu atau ambil berat tentang kawan awak tu macam “Oohh dia ni
mesti Whatsapp pakwe” ataupun “Fuyoo ayah dia dah bank in RM*** bolehlah kikis nanti” lol.
Macam dalam previous
post pasal Privasi juga, I did say that mesti ada sebab kenapa seseorang
merahsiakan sesuatu. Dan kita sebagai kawan/sahabat/kakak/abang/adik/stranger
hanya perlu menghormati pilihan mereka.
Ya mungkin dia takde pakwe, tapi janganlah juga awak dok tengok
phone dia explore sini sana. Dia masih ada keluarga, ada kawan-kawan dan mungkin ada beberapa perkara yang mereka bualkan melibatkan hal keluarga yang tak sepatutnya orang luar tahu. I do believe that you must have your own privacy too right?
For me, personally, benda tu tak sopan. I’ve
experienced watching this kind of situations like so many times, and honestly I
am so disappointed.
Mungkin kita semua kena belajar balik dari kecil apa itu
‘Common Sense’?
Back then when I was in Seseri, benda tentang
‘Common Sense’ ni saaangatlah dan teramatlah dititikberatkan oleh semua orang.
Tu benda yang paling popular dekat Seseri.
Common sense ni macam, kita semua
sebagai manusia tahu rules dalam hidup, what can and cannot, what should
and should not, and what to do when something happens dan lain-lain. It’s
kind of learning about the basics of life, those rules and regulations.
So I literally thought that bila ke tempat lain, orang lain
juga akan ada this ‘Common Sense’ but unfortunately, no. I am not saying aku
expert gila bab ‘Common Sense’, kadang-kadang aku failed juga.
But yes, rasa kecewa menyelinap jugaklah dalam
jiwa bila orang buat benda yang bagi kita for at least faham dan hadam, apa itu ‘Common Sense’.
I bet all Seserians would understand this.
Mungkin ada sesetengah orang tak kisah, macam bagi dia ala bukan siapa pun kawan je pun yang nak tengok handphone. Yes, tapi atas cara yang sopan lah, sebagai contoh, mintak izin. Tapi tak semua juga yang merelakan handphone mereka untuk dinodai, dibuka sana sini.
Before you do anything, think.
Apa perasaan awak kalau awak bagi phone dekat orang, dan orang tu bukak satu persatu Whatsapp awak, satu persatu gambar dalam Gallery phone awak, bukak notes awak yang ada segalanya pasal akaun bank / password email / , bukak calendar yang mungkin awak ada tandakan hari-hari penting dalam hidup awak? It is not good, my dear friends.
No comments:
Post a Comment