
Entah kenapa, aku rasa hati aku sayu je malam ni. Sebenarnya bukan malam ni je. Malam sebelum ini juga. Kalau dihitung jari, dah hampir seminggu aku tak boleh tidur. I just don't know why. I think too much, maybe. Macam-macam yang aku fikir. Dan, aku benci bila fikiran aku melayang sampai aku tak dapat nak tidur. Sengaja otak aku ni mencari satu situasi agar aku terus berfikir dan berfikir dan berfikir, sampailah akhirnya, aku terfikir 'Eh asal aku tak tidur-tidur lagi ni?'. Ahh.
Kadang-kadang bila fikir balik, bila someone tu ada masalah, bukan main sedap je mulut aku ni bagi nasihat berkajang-kajang. Tapi bila kena kat batang hidung sendiri, terus tepu otak ni nak berfikir cari penyelesaian. Bukan mudah, yup, it's not that easy to be a teenager. Being a teenager can at times be incredibly confusing and frustrating. Sometimes the things happening to you, or the things going on inside your head, make absolutely no sense.
Sometimes,I feel very frustrated and confused. Macam, at times I get incredibly mad about something (benda yang tak berfaedah), then I get mad at myself about being so angry, and then get mad about being so mad about being so angry. Then I get angry with everyone and about everything and it drives me crazy that I have absolutely no control over these feelings. One day you are happy, another day you are silent, and you will feel like ''Ape masalah aku ni?''
Dah banyak hati yang aku lukakan. Aku tau tu. Entahla, lately ni, aku jadi cepat sensitif pulak. Sikit-sikit nak emo. Alah benda kecik pun aku nak sentap. Cepat sangat hati aku ni nak terasa. Mengapakah? Aku takde jawapan untuk persoalan itu. Mungkin aku terlalu berjaga. Aku terlalu sayangkan sesuatu. Aku tau Allah itu sentiasa ada bersama aku. Aku tahu Allah takkan pernah bebankan hambaNya dengan perkara yang dia tak mampu. Aku tau Allah sayangkan aku, sebab tu Dia duga aku.
Sejak cuti haritu, aku dah start rasa macam-macam yang tak kena dengan aku. Sungguh, banyak kekurangan dalam diri ini. Dan masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. Pasal Islam, ibadah aku, aurat, batasan pergaulan, tabarruj, cara nak jadi kemas ( sejak cuti ni aku rasa aku makin selekeh ) , cara nak jadi isteri yang baik # ehhhhh
Mungkin faktor sekolah aku yang semuanya perempuan, tu yang cepat touching kot? Entah. Sebelum ni elok je. Cuti kali ni je.
Maybe faktor SPM juga. Aku jadi stress. Banyak lagi homeworks, dalam 20 percent lagi tak siap. Banyak lagi yang aku tak study. Banyak sangat. Ya Allah..
Faktor lain, apabila orang hantar chat dan aku tak reply. Dan mereka tak faham. Tak pernah faham. Dah kalau tak reply tu dah laaaaa. Tak perlu nak bertanya kenapa itu kenapa ini. Kau faham sendiri. Tengok tu, sensitif lagi.
Aku tak suka pada manusia yang hipokrit. Cukup hipokrit. Tapi jujur, aku tak berdendam atau punya apa-apa perasaan marah. Sedangkan aku tau disebalik lindungan jilbab itu. Cukup perjelasan disitu. Jelas. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir, hati untuk merasa. Cukup disitu.
Kadang-kadang tu aku tak tau apa yang aku fikir. Dan kenapa sampai aku fikir macam tu? Dan kenapa aku boleh kata macam tu? Aku hanya gadis biasa. Aku banyak kekurangan dan kelemahan. Dan setiap malam, bila bukak lagu 'Kau Ilhamku' dari Man Bai, Ya Allah, hati ini begitu cepat tertusuk. Memories, sungguh aku rindu. Ya Allah..


K.
Kepada anda yang saya pernah tertengking atau termarah atau tertinggi suara atau mungkin saya hanya berkata dengan nada yang biasa namun cukup berbisa, saya minta maaf. Jauh dari dalam sudut hati saya, saya tak pernah berniat nak marah atau apa. Saya cuma gelabah. K, gelabah? Apa ayat aku ni. Bukan, bukan gelabah. Saya cuma bergurau. Eh, tak juga. Saya cuma cepat panik lately ni. Ha ni betul. Tapi jujur, saya tak berniat langsung nak sakitkan hati anda. Sorry if I annoy you. Hanya Allah yang faham apa yang saya rasakan saat ini. Saya tahu janji Allah itu pasti. InsyaAllah.
Ya Allah, aku hanya hambaMu yang lemah. Aku khilaf. Aku salah. Bantulah aku mencari redhaMu. Hanya itu yang aku mahu. Sungguh aku dambakan syurgaMu. Namun aku teramatlah tidak layak untuk menjejaki syurgaMu. Aku begitu cintakan Kau Ya Allah. Lindungilah aku dari gangguan syaitan. Lindungilah aku daripada manusia yang hanya mahukan kesukaan duniawi. Bantulah aku untuk membenci segala kejahatan. Bantulah aku daripada berperasaan riak dan ujub terhadap semua perkara. Aku tahu Kau sayangkan aku, sebab tu Kau bagi aku ujian macam ni. Ampunkan aku Ya Allah. Aku cintakan Kau. Hanya Kau yang teratas di hatiku. Bimbinglah aku... Sungguh aku tak sempurna :(
3 comments:
Hidup tak mudah bukan sebab Allah tak sayang. Tapi sebab ganjaran yang Allah sediakan nanti tak terbayang dek akal indahnya. Sebab tu, bersusah sekarang. Allah nak kita enjoy kelak.
Dalam harungi zaman remaja, masalah hati dan perasaan ni normal. Kawan-kawan... Very common. But then, semua ni buat hidup rasa sangat indah at some point.
Kalau Allah sentiasa nombor satu di hati, inshaa Allah semuanya dipermudahkan. Tabahkan hati, kuatkan semangat anis :)
May Allah ease.
terima kasih kak alia. InsyaAllah, semuanya bakal dipermudahkan. pray for me, kak lia. 2013, it's gonna be my toughest year, i guess. yup, may Allah ease, Ameen :)
inshaa Allah akak sentiasa doakan anis. moga kuat, tabah harungi semua dugaan, kecil mahupun besar. toughest year mungkin. tapi at some point, when you look back. it's the sweetest one. cherish it forever, dear :) may Allah ease your way. through everything.
Post a Comment